Tuesday, March 31, 2009

Untukkmu Ya Syabab

Lelaki.Dulu,bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah,Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,ramainya boneka Yahudi.

Dulu,bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang hati,
Lelaki kami menjaga,melindungi,
Kini,bila disebut lelaki,wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat,perogol bersiri.

Dulu,bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tidak kisah auratnya terbuka,wanita dibiar bebas,binasa.

Dulu, lelaki menggadai harta & nyawa, Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini, lelaki menggadai ketinggian agama,demi nafsu,dunia & isinya..

Dulu,lelaki bermatian ,
Mencipta sejarah,
Kental berjihad,tekun berdakwah,
Kini,lelaki hanya menyanjungi sejarah,diri bermalasan,
Tenga tidak dikerah.

Dulu,lelaki memperjuangkan DEEN & UMMAH,Al-Farouq,Zunnurain,mati terbunuh,
Kini,lelaki memperjungkan diri & kroninya,hingga sanggup membunuh.

Dulu,lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat & teguh,
Kini,lelakinya berpuak & berpecah,sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.


Serikandi,
Damsyik,Syria
(SYABABMUSAFIRKASIH,FATIMAHSYARHA)