Sunday, November 28, 2010

Bicara Hati Buatku dan Kamu

Dulu, ketika aku di bawah
Hatiku dan tindakanku sering memberontak
Arahan pimpinanku sering kupersoal
Mengapa begini bukan begitu
Mengapa aku bukan mereka
Sedang bukan aku tidak punyai masa
Bukan aku tidak punya upaya
Cuma aku yg tegar
Enggan membuka pintu hatiku
Untuk cuba memahami dan mengerti
Erti sebuah amanah
Erti sebuah tanggungjawab

Tetapi kini
Pabila aku berada di atas
Baru kumengerti sedalam-dalamnya
Mengapa begitu bukan begini
Mengapa aku bukan mereka

Ketika kucuba menjelaskan pada mereka
Kudapat melihat mereka persis diriku dahulu
Yang teragak-agak mahu berkorban
Yang berkira-kira mahu menyumbang
Sedang aturannya
Jika kita ikhlas, ganjarannya bukan sedikit
Tuhan juga sedang menilai
Adakah kita turut sama memberi sesuatu untuk agamaNya

Justeru aku kan terus menyeru
Pada mereka pada semua
Satukan hati kita
Kerna kuyakini dengan hadaf perjuangan ini

Bukakan hatimu kawan
Lapangkan dadamu rakan
Hulurkan tanganmu pegang erat tanganku
Mari bersama kita meniti perjalanan ini
Biar payah, itu fitrah
Kita sentiasa saling menguatkan
Jika ada yang rebah, jangan tergugah
Kerana ada seribu tangan sudi membahumu dari belakang
Yakinlah dengan janjiNya

Mengapa kukatakan ini semua padamu??
Kerana masa depan Islam tercinta ini
Tergalas di atas bahu aku dan kamu!

Nukilan : dikenali 'chakmi' ku gelarinya- ucu