Tuesday, March 31, 2009

Untukkmu Ya Syabab

Lelaki.Dulu,bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah,Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,ramainya boneka Yahudi.

Dulu,bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang hati,
Lelaki kami menjaga,melindungi,
Kini,bila disebut lelaki,wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat,perogol bersiri.

Dulu,bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tidak kisah auratnya terbuka,wanita dibiar bebas,binasa.

Dulu, lelaki menggadai harta & nyawa, Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini, lelaki menggadai ketinggian agama,demi nafsu,dunia & isinya..

Dulu,lelaki bermatian ,
Mencipta sejarah,
Kental berjihad,tekun berdakwah,
Kini,lelaki hanya menyanjungi sejarah,diri bermalasan,
Tenga tidak dikerah.

Dulu,lelaki memperjuangkan DEEN & UMMAH,Al-Farouq,Zunnurain,mati terbunuh,
Kini,lelaki memperjungkan diri & kroninya,hingga sanggup membunuh.

Dulu,lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat & teguh,
Kini,lelakinya berpuak & berpecah,sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.


Serikandi,
Damsyik,Syria
(SYABABMUSAFIRKASIH,FATIMAHSYARHA)

Saturday, March 28, 2009

KALAM UNTUKMU SAHABAT-SAHABIAH

Sahabatku disayangi FillahTetaplah atas jalan dakwah!
*Akan ada di kalangan umatku segolongan umat yg muncul berpegang kepada kebenaran,
mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mrk sampai dtg perintah Allah,
mrk tetap spt itu*Riwayat bukhari & muslim..
Indah Kalam Rasul junjungan,
Mengajar erti perjuangan,
Perlukan keteguhan azam,
Istiqamah,tetap pendirian, Jangan mudah terhalang,
Janji Allah pasti dtg!
Islam itu tinggi dan tiada yg lebih tinggi daripadanya,Rasul bermadah lagi ,
Satu janji,satu aspirasi,Islam tidak dapat ditandingi,
Cuma yg belum pasti,Adakah kta tinggi peribadi?
Untuk memikul amanah suci,
Bagi merebut pandangan Ilahi,Sebagai jiilul Quran yg tersendiri.
*Allahlah yg Maha Kaya sedangkan kamulah orang yg berkehendak (kepadaNya),
dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dgn kaum yg lain,
dan mereka tidak akan seperti kamu ini*..surah Muhammad,38
Ayat Allah cukup menggentarkan,
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan,
Buat hamba-Nya yang bermalas-malasan,
Sentiasa mencipta alasan,
Liat dgn dakwah Dan peningkatan,
Mahu diketuk berterusan,
Tidak menjadikan penggeraknya Iman,
Cinta Allah dibuat khayalan,
Bimbang kelak diri akan terbuang,
Daripada jalan dakwah,penuh ujian,
Dibiarkan Allah dengan keasyikan perhiasan duniawi,
Tertipu degan jalan kehancuran! Ketahuilah sahabatku di sayangi Fillah, Allah memelihara Jalan-Nya,Agar disusuri hati yang bersih,
Sarat ketaqwaan,Merindui wajah-Nya,Jua keredhaan,Itulah jiwa insan pejuang,Bimbangilah sahabatku,Daripada memiliki jiwa munafik, Bertopeng ketaatan.

(tautanhatifatimahsyarha)