Tuesday, November 24, 2009

HANYA DIA YANG MAHA MENDENGAR..RINTIHAN SEORANG HAMBA

Sedikit perkongsian : PENGHAYATAN DOA DENGAN ASMA'ALLAH

MENGUATKAN JIWA DENGAN BANTUAN YA AZIZ, YA QAWWIY, YA MATIN & YA BA’ITS.

Ya Allah Ya Aziz yang Maha Perkasa, Ya Qawwiy yang Maha Kuat dan Ya Matin Ya Maha Teguh dan Sempurna KekuatanMu, tiada yang lebih perkasa dan kuat melainkan Engkau Ya Allah. Diriku ini hanyalah hamba kepadaMu Ya Kholiq dan kerana itulah diri ini sentiasa merasa lemah dan tidak berdaya. HambaMu ini memohon kepadaMu Ya Aziz, Ya Qawwiy dan Ya Matin kekuatan jiwa untukku hadapi segala rintangan dan ujian hidup ini kerana dengan kekuatanMu sahajalah daku dapat mengatasi segala masalah dan kesulitan di dalam hidup ini. Ya Allah Ya Ba’its Yang Maha Membakar Semangat, bakarkanlah semangatku untuk terus berusaha bagi menghadapi segala rintangan dan ujian. HambaMu ini sedar Ya Allah, Engkau ingin menjadikan daku umpama berlian yang sangat bernilai dan berharga. Sesungguhnya Ya Allah daku sedar yang berlian itu dicipta dengan penuh tekanan yang amat dahsyat dan memakan masa yang lama sehingga terjadinya berlian yang sangat cantik dan berharga. Daku sedar proses tekanan dan ujian ini daku mesti lalui kerana Engkau Ya Rahman Ya Rahim ingin menaikkan martabatku hampir kepadaMu dan ianya mesti dilalui oleh setiap manusia yang hebat. Daku yakin Engkau Ya Aziz tentu akan menguatkanku dan membangkitkan semangatku. Engkau Ya Wahhab Ya Maha Pemberi, Ya Mujib yang Maha Mengabulkan, kabulkanlah permintaan hambaMu yang dhaif dan lemah ini.


MENYERAHKAN DIRI KEPADA YA BAARI’ UNTUK DIATURKAN AGENDA HIDUP.

Ya Allah Ya Baari’, sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengatur Urusan manusia dan menagtur agenda makhluqMu. Aturan dan agendaMu Maha Hebat, tiada tolok bandingannya. HambaMu ini sedar yang daku hanya seorang hamba yang tidak mampu menngatur urusan dan agenda. Agendaku sering silap dan mempunyai pelbagai kelemahan.Oleh itu Ya Allah Ya Baari’, hambaMu ini menyerahkan seluruh jiwa dan ragaku kepadaMu untuk Engkau aturkan dan aku rela mengikut agendaMu Ya Baari’. Perintahkanlah apa sahaja untukku lakukan, daku berazam untuk mengorbankan apa sahaja yang ada pada diriku ini demi mengikut perintahMu. Ya Allah Ya Haadi yang Maha Memberi Petunjuk, setelah Engkau aturkan agenda hidupku, berikan daku petunjuk apa yang harus daku lakukan bagi mengikuti agendaMu. Bantulah daku dengan kekuatanMu Ya Aziz, Ya Qowiy, Ya Matin agar daku merasa kuat dan bakarkanlah semangatku Ya Ba’its agar daku tidak merasa penat dan sentiasa bersemangat. Bantulah daku Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid dengan ilmuMu agar daku mampu melaksanakan sesuatu agendaMu dengan penuh berilmu, berhikmah dan cerdas. Bukalah juga bagiku segala pintu kemudahan dengan sifat Ya FatahMu, bantulah daku dengan sedikit rezekiMu Ya Razaq, kekayaanMu Ya Ghaniy dan sifat memberi kekayaan Ya Mughniy agar daku mampu melaksanakan semua tugas yang Engkau berikan dengan sebaik mungkin. Dan Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, sucikanlah jiwaku ini dari sebarang penyakit dari bisikan syaitan dan kecintaan kepada dunia dan manusia kerana ianya pasti akan mengganggu tugas yang sedang daku jalankan.

Pujuklah hatimu dengan penghayatan Asma Allah...

Wallahu’alam

Kata-kata di atas dipetik dari sebuah buku, BICARA HATI(DOA) DENGAN ALLAH YA SAMI’ MELALUI PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA hasil tulisan Prof Madya Wan Maseri bt Wan Mohd, merupakan salah seorang pensyarah di Universiti Malaysia Pahang

=) Jazakillah ukht Fasehah for sharing this..


Friday, November 13, 2009

DI SEBALIK UJIAN ITU..

Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hamba- Nya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi…

KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129



AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!


“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12

# Petikan dari email sahabat ..jazakallah akhi..


SEMOGA KITA SAMA-SAMA KUAT HADAPI APA JUA VARIASI UJIAN DALAM HIDUP,

Kepada sahabat-sahabat ,adik-adik yang dikasihi..
andai kalian pernah merasai ujian kegagalan ( especially sahabat sebatch )..usah biarkan 'virus-virus ' yang membuatkan rasa sedih , stress , futur dan yang sangat bahaya sehingga tak dapat terima taqdir kegagalan dalam hidup mengusai diri , carilah kekuatan dari DIA untuk bangkit semula .Allahu ma'ak dan sahabatmu ada disisi untuk berjuang bersamamu..KAMU TIDAK KESEORANGAN!


Dr 'Aidh Al-Qarni menyebut "JANGAN BERDUKACITA DENGAN UJIAN DAN CUBAAN ALLAH ,LANTARAN BOLEH JADI IA SATU HADIAH ATAU PEMBERIAN "~La tahzan~

Dalam Hadith Nabi s.a.w : "Alangkah peliknya keadaan orang mukmin itu , semua perkaranya adalah baik ,jika dia mendapat kebaikan ,lalu dia bersyukur lalu itu menjadi satu kebaikan baginya ,dan jika ditimpa musibah lalu dia bersabar , maka itu menjadi satu kebaikan baginya "

Firman Allah yang bermaksud : "dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan )Kami pergilirkan di antara manusia (supaya ia menjadi pengajaran) AL-IMRAN ayat 140

Kekecewaan dan kegagalan adalah titik tolak kejayaan yang lebih bermakna , kekalahan adalah iftitah kemenangan yang lebih akbar ! Insyaallah sama-sama ya sahabat..=)BIIZNILLAH..amin

ALlahu a'lam..

MALU ALAH..

Setelah sekian lama,dah beberapa bulan sepi sahaja 'yaqiini billahi yaqiini'..Alhamdulillah dikesempatan ini , mahu dikongsi bersama tentang malu alah hasil tulisan ukhtiku yang dikasihi ,k.yani (dari blog beliau wwwhalawah.blogspot.com).
Semoga penyebaran ilmu walau sekadar 'copy dan paste dari blog sahabat' dapat dimanfaat bersama.Sharing is caring.=)Mungkin kesuntukan masa membiarkan sahaja dakwah alam maya dibiarkan sepi , namun tercabar rasa kesal dengan diri sendiri akibat kelemahan diri sendiri dalam pengurusan masa .Hanya alasan sahaja semua itu, sehingga tumbuh kanser MALU ALAH dalam diri.

Sama-sama manfaatkan petikan yang diedit daripada tulisan ukht yani :

Setelah kita perhati di sekeliling kita, maka dapat disimpulkan bahawa penyakit malu alah ini memang sentiasa terjadi dikalangan diri kita serta masyarakat. Sebagai contoh setelah sekian lama tidak ke usrah, maka seseorang itu terasa seolah-olah segan untuk memulakannya kembali sedangkan dialah yang paling faham kehendak tarbiyah. Ya,sahabat-sahabat, itulah adik kepada futur yang juga penyakit dalam perjuangan.

Contoh lain jika boleh dikongsi, katakan di dalam suatu kampung ada ahli jawatankuasa masjid yang sangat rajin berbakti pada program-program masjid. Namun apabila diuji dengan ujian persahabatan dengan ahli masjid yang lain,contohnya terasa hati dan sebagainya, maka dia mula menyepi daripada program-program dan akhirnya akan hilang daripada solat jamaah qariah tersebut. Kerana apa? Kerana setelah segalanya berlaku.. sangat jarang orang yang berjiwa besar untuk memulakan kembali kebaikan itu walaupun ianya hanya sekadar meminta kemaafan ataupun memberi kemaafan. Akhirnya.. dia larut bersama ketidakpuasan di hati serta akan beribadah bersendiri. Ini satu contoh benar yang ana dapati di tempat tinggal sendiri.

PERBAHASAN TENTANG MALU :

Malu merupakan salah satu sifat terpuji yang bisa mengendalikan orang yang memilikinya dari perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الْحَيَاءُ لَا يَأْتِي إِلَّا بِخَيْرٍ

“Rasa malu itu hanya mendatangkan kebaikan.” (HR. Bukhari dan Muslim dari ‘Imron bin Hushain)


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَيَاءُ خَيْرٌ كُلُّهُ قَالَ أَوْ قَالَ الْحَيَاءُ كُلُّهُ خَيْرٌ

Rasulullah bersabda, “Rasa malu adalah kebaikan seluruhnya atau rasa malu seluruhnya adalah kebaikan.” (HR. Muslim)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Iman itu terdiri dari 70 sekian atau 60 sekian cabang. Cabang iman yang paling utama adalah ucapan la ilaha illalloh. Sedangkan cabang iman yang terendah adalah menyingkirkan gangguan dari tempat berlalu lalang. Rasa malu adalah bagian dari iman.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Suatu ketika Nabi menjumpai seorang yang sedang mencela saudaranya karena dia sangat pemalu, Nabi lantas bersabda, “Biarkan dia karena rasa malu itu bagian dari iman.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Menurut penuturan Imam Ibnul Qoyyim, alhaya’ (rasa malu) diambil dari kata-kata hayat (kehidupan). Sehingga kekuatan rasa malu itu boleh dibandingkan dengan sihat atau tidaknya hati seseorang. Berkurangnya rasa malu merupakan pertanda matinya hati dan ruh orang tersebut. Semakin sihat suatu hati maka akan makin sempurna rasa malunya.

Hakikat rasa malu adalah suatu akhlak yang mendorong untuk meninggalkan hal-hal yang buruk.

Rasa malu itu ada dua macam. Yang pertama adalah rasa malu kepada Allah. Ertinya seorang hamba merasa malu jika Allah melihatnya sedang melakukan kemaksiatan dan menyalahi perintah-Nya. Yang kedua adalah rasa malu dengan sesama manusia.

Untuk rasa malu dengan kategori pertama, Nabi jelaskan dalam sabdanya, “Malulah kalian kepada Allah dengan sebenar-benarnya”. “Kami sudah malu wahai Rasulullah”, jawab para sahabat. Nabi bersabda,

لَيْسَ ذَاكَ وَلَكِنَّ الِاسْتِحْيَاءَ مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ أَنْ تَحْفَظَ الرَّأْسَ وَمَا وَعَى وَالْبَطْنَ وَمَا حَوَى وَلْتَذْكُرْ الْمَوْتَ وَالْبِلَى وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ تَرَكَ زِينَةَ الدُّنْيَا فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ اسْتَحْيَا مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ

“Bukan demikian namun yang dimaksud malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya adalah menjaga kepala dan anggota badan yang terletak di kepala, menjaga perut dan anggota badan yang berhubungan dengan perut, mengingat kematian dan saat badan hancur dalam kubur. Siapa yang menginginkan akhirat harus meninggalkan kesenangan dunia. Siapa yang melakukan hal-hal tersebut maka dia telah merasa malu dengan Allah dengan sebenar-benarnya.” (HR. Tirmidzi dll, dinilai hasan karena adanya riwayat-riwayat lain yang menguatkannya oleh Al Albani dalam Shahih Jami’ Shaghir no. 935)

Hati-Hati terhadap Malu yang Tercela

Saudaraku, ketahuilah bahwa ada malu yang disebut malu tercela, yaitu malu yang menjadikan pelakunya mengabaikan hak-hak Allah Ta’ala sehingga akhirnya dia beribadah kepada Allah dengan kebodohan. Di antara malu yang tercela adalah malu bertanya masalah agama, tidak menunaikan hak-hak secara sempurna, tidak memenuhi hak yang menjadi tanggung jawabnya, termasuk hak kaum muslimin.

Meskipun malu adalah tabiat dasar seorang wanita, sifat ini tidak boleh menghalangi kita untuk berbuat kebaikan. Berlumba-lumbalah dalam berbuat kebaikan sampai engkau menjadi wanita yang paling mulia di sisi Allah! Wallahu a’lam.


.....................................

p/s : Semoga sahabat-sahabat sekalian sama-sama kita bangkit dari malu alah ini , bangkit dari kemalasan , bangkit dari kegagalan , bangkit dari rasa futur ,USAH MALU UNTUK BANGKIT SEMULA HATTA DARI ZERO DEMI MENUNAIKAN KEWAJIPAN yang tak terlaksana .Selamat BERUSAHA dan BEKERJA !