Wednesday, July 29, 2009

PESANAN ..

kata-kata Imam Ghazali : “ Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!!.” Sabda Rasulullah SAW : “ Orang yang cerdik ialah yang pandai menilai diri dan bekerja untuk selepas mati. Yang lemah ialah yang menurut hawa nafsu dan berangan-angan (mendapat sesuatu) dari Allah.

"sekuat mana pun godaan yg kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yg harus kita jalani, sebesar mana pun kegagalan yg kita rasai, sejenuh mana pun hari2 yg kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Ilahi, jangan pernah berhenti berdoa kpd Rabbi kerana harapan adalah masa depan, kerana harapan adalah sumber kekuatan, kerana DOA adalah pintu kebaikan dan kerana DOA adalah senjata bagi seorang pejuang yang beriman.."


Moga diberi Kekuatan jiwa utk Mujahadah Nafsu..Hadirkan Hati dalam semua kebaikan menuju Allah..Allahu Akbar!