Wednesday, January 5, 2011

KAMI YANG TERLEKA..

YA ALLAH,

AMPUNILAH KAMI

SESUNGGUHNYA KAMI LEMAH DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DALAM MENYAMPAIKAN AGAMA MU

KAMI TELAH MEMPERSIA-SIAKAN TUJUAN PENCIPTAAN KAMI

SESUNGGUHNYA DAHULU ENGKAU TELAH MEMARTABATKAN UMAT INI DENGAN DAKWAH

NAMUN KINI KAMI MENJADI HINA KERANA MENINGGALKAN DAKWAH

YA ALLAH.

SESUNGGUHNYA DAHULU KEKASIHMU RASULULLAH BERKORBAN JIWA DAN RAGA DEMI MEMASTIKAN KALIMAH MU TETAP TEGUH BERDIRI DIMUKA BUMI

BERSAMA PARA SAHABAT MEMPERTARUHKAN NYAWA AGAR GENERASI KAMI DAPAT MERASAI NIKMAT ISLAM

NAMUN KAMI MENGKHIANATI MEREKA

KAMI TIDAK MENERUSKAN PERJUANGAN MEREKA

KAMI TELAH MENGECEWAKAN KEKASIHMU RASULULLAH

APAKAH LAYAK KAMI BERGELAR UMAT MUHAMMAD

YANG AKAN MENDAPAT SYAFAAT DI MASYAR KELAK?

SUNGGUH JAUH SEKALI

YA ALLAH,

SESUNGGUHNYA PEJUANG-PEJUANG AGAMAMU TERDAHULU TELAH MEJULANG NAMA ISLAM DI SERATA DUNIA

DENGAN KEIKHLASAN MEREKA,DENGAN KESABARAN MEREKA,DENGAN SEMANGAT JUANG MEREKA

ENGKAU MEMBERI MEREKA KEMENANGAN

NAMUN..

KAMI MEMPERSIA-SIAKAN KEJAYAAN MEREKA

KAMI LEKA SEHINGGA KAMI KEMBALI DIRENDAH-RENDAHKAN

YA ALLAH,

KAMI AKUI KAMI LALAI DAN LEKA

KAMI LANGSUNG TIDAK MEMPUNYAI SEMANGAT UNTUK MEMPERJUANGKAN AGAMA MU

KAMI ASYIK DENGAN KESERONOKAN DUNIA

SEHINGGA ALPA UNTUK MENYAMPAIKA AGAMA MU

KINI AGAMA MU DIHINA,DICERCA DI KEJI

BUKAN SAHAJA MUSUH-MUSUH AGAMA

MU

MALAH PENGANUT AGAMA MU SENDIRI

KAMI AKUI INI ADALAH KESALAHAN KAMI

YA ALLAH,

KAMI MERAYU,MEMOHON DAN BERHARAP

AGAR ENGKAU BERILAH PETUNJUK HIDAYAH KEPADA KAMI

BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA KAMI UNTUK MEMPERJUANGKAN AGAMA MU

PENUHILAH JIWA-JIWA KAMI DENGAN SEMANGAT DAKWAH DAN JIHAD

JADIKANLAH KAMI GOLONGAN ANSARULLAH

JADIKANLAH KAMI GOLONGAN JUNDULLAH

YA ALLAH,

KAMI KHUATIR ANDAINYA KAMI TIDAK TERGOLONG DALAM ORANG-ORANG YANG TEGUH DENGAN PANJI-PANJI AGAMAMU

KAMI KHUATIR SEANDAINYA NANTI RASULULLAH TIDAK MELIHAT KAMI SEBAGAI UMATNYA,KERANA KAMI TELAH MENGKHIANATI PERJUANGAN RASULULLAH

AMPUNILAH KAMI

AMPUNILAH KAMI

AMPUNILAH KAMI


Nukilan- sahabat

Sunday, December 5, 2010

MENCARI MOTIVASI DALAM DIRI

Assalamualaikum w.b.t ..

Bicara kali ini adalah perkongsian mengenai 'MOTIVASI'.
Bagaimana mencari motivasi atau semangat dalam diri??
Tidak kisah samada motivasi dalam belajar,motivasi dalam dakwah ,dalam melaksanakan amanah dan lain-lain.
Sebelum itu ada baiknya kita memahami apa itu erti MOTIVASI?
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka motivasi bermaksud 1. keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan 2.sesuatu yg membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat.'atau kita kenali sebagai 'booster' atau 'stimulator' untuk kita bersungguh-sungguh menjayakan sesuatu.

Sedar atau tidak,sebenarnya kita telah melafazkan dan mengimani dalam solat kita seharian' sesungguhnya solatku,ibadahku,dan hidup serta matiku hanyalah untuk ALLAH s.w.t' bermakna apa sahaja yang nak dilakukan,nak dicapai hanyalah untuk Dia..Bertujuan mencari mardhatillah (keredhaanNya).'Anta Maqsuudi Waridhoka Matluubi'- meminta RedhaNYA- itulah yang utama.

Mungkin sesetengah daripada kita pernah mendengar ' If its to be ,its up to me' atau apa sahaja kata-kata booster yang meningkatkan semangat kita untuk melakukan sesuatu.Kadang-kadang ada juga ' saya boleh,dengan kekuatan atau kebolehan saya','saya mampu dengan adanya sahabat-sahabat sekeliling' atau kerapkali juga sahabat kita menyatakan ' yakinlah pada diri ,kamu mesti boleh'.
Sebenarnya,tiada salahnya kalam tersebut ,memang kita perlukan keyakinan diri ,semangat ,dorongn daripada sahabat ,ibubapa dan orang sekeliling kita.Kita yakin dengan kebolehan diri kita .Tidak salah ,namun jika direnungi, semua itu(booster daripada sekeliling kita) ia lebih kepada ' external motivation' yang bersifat sementara,sekejap,'short term'.Ia bukanlah booster utama kita.


Benarkah begitu?? Kenapa demikian??Sebagai contoh :

Situasi 1 : Saya suka doktor subject ni ,jadi sy kena study sungguh2 subject ni supaya dapat balas jasa doktor ni,x nak dia sedih ngn saya.

Ulasan : Tidak salah ,cuma bukan menjadi yang utama. jika ditakdirkan doktor tersebut tiada (pindah dll) ,adakah kesungguhan kita tetap mantain??

Situasi 2 : Saya akan bekerja keras melaksanakan amanah ini kerana saya sangat hormat dan 'thiqah ' kepada pimpinan saya ,sahabat saya juga dan saya selesa bekerja dibawahnya.
@ saya mahu terima mentor ni sebab kasihan kakak @ abang ni ,biarlah saya bantu dia gerakkan kerjanya. @ saya yakin mampu untuk jalankan amanah ini ,sebab saya mampu maintain study saya,insyaAllah saya dapat 'balance'kan study dan kerja ni..'

Ulasan : -Jika bukan sahabat kita , adakah kita akan menerima amanah dan menjalankan amanah itu sebaiknya juga?
-jika kita senang untuk melakukan sesuatu kerana orang yang kita respect ;pandang tinggi itu..dan tiba-tiba ia berubah ,terzahir kekurangannya,adakah kita tetap akan ringan tulang untuk melakukannya??.Manusia kan hadir dan pergi tapi Allah tidak..

-jika ditakdirkan Allah kita gagal dalam imtihan,adakah keyakinan diri untuk memikul amanah (kerja persatuan dll) dapat dimantainkan juga?? Keyakinan dengan kelebihan /kehebatan yang ada pada diri tidak kekal..

Sebenarnya ,inilah yang ingin dimaksudkan.Bagaimana mencari nilai booster yang UTAMA , telus yang mampu me'maintain'kan motivasi dalam diri???

Jawapannya tidak lain tidak bukan ,MOTIVASI & KEKUATAN DALAMAN (internal self motivation ) adalah dari ALLAH s.w.t.Itulah yang UTAMA .Puncanya dari DIA yang menciptakan kita.Sebagaimana kita cintakan ibubapa kita maka kita sungguh-sungguh (tinggi motivasi)untuk belajar supaya mendapat mumtaz demi membalas jasa kerana cinta kita pada mereka begitu juga dengan tujuan yang lebih utama ini.

Tiada kemahuan,tiada kesungguhan ,tiada kehendak yang HAKIKI akan 'develop' tanpa adanya nilai CINTA ALLAH dan CINTA kekasihNYA Rasulullah s.a.w..Saat gembira,sedih,takut,malas,rajin,ada sahabat ,tiada sahabat disisi...INILAH BOOSTER yang perlu dicari..diteliti ..diselati dalam jiwa.

Ketergantungan pada ALLAH lebih hakiki daripada ketergantungan kita pada manusia.Itulah semaian akidah yang perlu ditanam dalam jiwa.

Keyakinanku pada ALLAH lah sebenarnya telah memeliharaku..(yaqiini billahi yaqiini)..

Bezakan 'Kamu mesti kuat,kamu kena yakin pada diri kamu ' VS 'Kamu mesti kuat ,insyaAllah kamu kuat dengan KekuatanNYA,yakinlah pada ALLAH...'nilailah..


Kesimpulannya sama-sama kita mencari 'booster utama'-CINTA ALLAH dan RASULULLAH ' dalam meningkatkan dan memantainkan motivasi dalam menjalani kehidupan sementara yang penuh liku ini.'Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada ALLAH (al-Baqarah 165).
Ambillah apa sahaja yang baik dari perkongsian artikel ini dari insan yang lemah..Sekadar untuk peringatan buat diri dan sahabat-sahabat.

bersambung..( MOTIVASI DIRI PALING KUAT-CINTA ALLAH)


CARILAH RUH CINTA ALLAH & RASULULLAH
UNGKAPAN CINTA ALLAH DAN RASULULLAH ADALAH AMAL
FAHAM-MAHU -MAMPU-IKHLAS
ILMU-IMAN-AMAL

Cintai Rasulullah Pemangkin Biah Solehah
UNIT PEMBANGUNAN MENTOR.

Perkongsian TMD YG.

Sunday, November 28, 2010

Bicara Hati Buatku dan Kamu

Dulu, ketika aku di bawah
Hatiku dan tindakanku sering memberontak
Arahan pimpinanku sering kupersoal
Mengapa begini bukan begitu
Mengapa aku bukan mereka
Sedang bukan aku tidak punyai masa
Bukan aku tidak punya upaya
Cuma aku yg tegar
Enggan membuka pintu hatiku
Untuk cuba memahami dan mengerti
Erti sebuah amanah
Erti sebuah tanggungjawab

Tetapi kini
Pabila aku berada di atas
Baru kumengerti sedalam-dalamnya
Mengapa begitu bukan begini
Mengapa aku bukan mereka

Ketika kucuba menjelaskan pada mereka
Kudapat melihat mereka persis diriku dahulu
Yang teragak-agak mahu berkorban
Yang berkira-kira mahu menyumbang
Sedang aturannya
Jika kita ikhlas, ganjarannya bukan sedikit
Tuhan juga sedang menilai
Adakah kita turut sama memberi sesuatu untuk agamaNya

Justeru aku kan terus menyeru
Pada mereka pada semua
Satukan hati kita
Kerna kuyakini dengan hadaf perjuangan ini

Bukakan hatimu kawan
Lapangkan dadamu rakan
Hulurkan tanganmu pegang erat tanganku
Mari bersama kita meniti perjalanan ini
Biar payah, itu fitrah
Kita sentiasa saling menguatkan
Jika ada yang rebah, jangan tergugah
Kerana ada seribu tangan sudi membahumu dari belakang
Yakinlah dengan janjiNya

Mengapa kukatakan ini semua padamu??
Kerana masa depan Islam tercinta ini
Tergalas di atas bahu aku dan kamu!

Nukilan : dikenali 'chakmi' ku gelarinya- ucu

Friday, June 18, 2010

MENJENGAH KENANGAN ITU..

Menjengah lembaran kenangan...
Kenangan itu terkadang membuahkan KERINDUAN yg teramat...
Kerinduan yg membawa erti..Jika MEMAKNAKAN kerinduan itu..
Namun..HIDUP perlu diteruskan untuk MEMAKNAKAN ERTI KERINDUAN itu..
Itulah hakikat memaknakan KEHIDUPAN..

Usah mengundur ke belakang lagi..
Tolehlah sesekali mengambil pengajaran dari 'erti kerinduan' buat bekalan meneruskan perjalanan,
teruskan langkah maju ke hadapan..
Anak generasi perlukan bimbingan
Kita Lupakan segala kesamaran
Pulanglah pada hakikat seorang insan bergelar pejuang..
Terus berjuang Walau dimana bumi Allah kita berada..
(edit-fatimahsyarha-syabab musafirkasih)

Akan ada di kalangan umatku segolongan umat yg muncul berpegang kepada kebenaran,
mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mrk sampai dtg perintah Allah,
mrk tetap spt itu* Hadith Riwayat bukhari & muslim..

Allahlah yg Maha Kaya sedangkan kamulah orang yg berkehendak (kepadaNya),
dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dgn kaum yg lain,
dan mereka tidak akan seperti kamu ini*.
.surah Muhammad,38


INSYA ALLAH..Akan diteruskan bersama..
ALLAH MENYAKSIKAN...
HATI-HATI INI..
Akan kami teruskan langkah itu selagi hayat dikandung badan., kerana sesungguhnya ‘Jalan itu teramat indah dan mempersonakan…”
YA ALLAH..Hidupkan KAMI Dengan MA'RIFATMU..Dan MATIKAN kami DALAM KEADAAN SYAHID DIJALANMU...AMIN..

Jazakumullah buat yang pernah 'menghidupkan watak-watak dlm lembaran kenangan 'dlm memaknakan ERTI KEHIDUPAN..

Wednesday, June 16, 2010

TAWAKKAL~KAH KITA??? SATU SEMAIAN AQIDAH YANG SALIMAH.


Assalamualaikum w.b.t..

Setelah sekian lama 'menyepi'..
Tiada apa yang nak dikatakan..
Semua ini adalah tarbiah dariNYA..
'Hati' diketuk seketika..
Apapun..MENYERU DAN TERUS MENYERU..
Itu TUGAS RASULMU..
Perlu diteruskan jua..
Jazakumullah sahabat yang secara indirectly~atas teguran membina
Bersama kita teruskan ~ dakwah penulisan ilallah..Biiznillah insyaALLAH.

_________________________________
Bersempena fatrah imtihan..sekali lagi ingin dikongsi bersama buat peringatan kita semua.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Salam imtihan buat sahabat-sahabiah sekalian.

HAYATI BERSAMA FIRMAN ALLAH :

" Kemudian apabila kamu membulatkan tekad ,maka bertawakkallah kepada ALLAH,sesungguhnya ALLAH mencintai orang-orang yang bertawakkal.." AL-IMRAN 159


BERUSAHALAH SEHABIS DAYA,BUKAN SEKADAR DAYA,


TETAPI JANGAN SESEKALI BERAQIDAH BAHAWA BANYAK USAHAMU ITU PENENTU KEJAYAAN..

TETAPI BERIMANLAH BAHAWA TAWAKKAL mu ITU SEMATA-MATA HANYA KEPADANYA ..
ITULAH PENENTU KEJAYAAN ...


USAH LETAKKAN KEYAKINANMU PADA USAHAMU ITU..
KELAK AKAN MEMBUATMU HILANG ARAH..

TAPI LETAKKAN KEYAKINANMU KEPADA ALLAH,
DIALAH PEMILIK ; PEMBERI REZEKI..

BERJALAN DITITIAN KUDRAT APALAGI YANG HENDAK DIKATAKAN, JIKA BERIMAN DIAlah BERHAK MENENTUKAN SEGALANYA..


KEJAYAAN ITU MILIK-NYA
BUKAN MILIK KITA..
MAKA SELAYAKNYA,HENDAKLAH BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMINTA PADA-NYA SEMATA..
JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA UNTUK MENDAPATKAN RAHMAT-NYA

MAKA,PANDANGLAH KE HADAPAN..
TERUSKAN LANGKAHMU..
TINGGALKAN RASA DUKA SEMAMPUMU..
KERANA MEMIKUL BEBAN DUKA AKAN MEMBUATMU HILANG ARAH...

Teruskan LANGKAH UNTIL THE LAST BUZZ!!!!
KEEP ON TRYING HARD!!
NEVER GIVE UP!!

REALISTIKKAN USAHAMU DIIRINGI TIADA PERNAH PUTUS DARI MENGHARAPKAN KEREDHAAN DAN BANTUAN ALLAH MENGIRINGI..




USAHA (STUDY) + IMTIHAN + NATIJAH
adalah satu proses dimana penghubungnya adalah ALLAH..
Jaga HAK-NYA dan HAK-HAK SEKELILING KITA untuk mendambakan CINTA DAN REDHANYA..

YA ILLAHI ANTA MAQSUUDI WA RIDHOKA MATLUUBI..


YG-TEAMMEDICALDAIE