Friday, April 17, 2009

SALAM IMTIHAN MINNI ..

SAHABAT..UKHTI & AKHI ..


Yang dilihat dan diukurNya bukan sejauh mana
usahamu..

tapi..yang diharap sejauh mana TAWAKKAL,
percaya nan jitu..
pergantunganmu padaNyA..
tapi tidak bermakna tidak perlu berusaha..
USAHALAH sehabis dayamu..
tapi jgn sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu..
penentu kejayaan..
tetapi berimanlah bahawa TAWAKKALMU itu semata-mata padaNya..
itulah penentu kejayaan..
kejayaan bukan milik sesiapa..
tetapi adalah milik Allah..
jadi selayaknya hendaklah dikau pohon dariNya semata..
maka tinggalkanlah rasa duka semampumu..
kerana memikul beban duka boleh membuatmu hilang arah..
KELMARIN ALLAH TELAH MENOLONGMU..

maka percayalah Dia tetap akan menolongmu..
Rabbana yassir...'alaika at taisiir.. fa inna yasiir..
ALLAH CINTA AGUNG KAMI..
Salam imtihan =) jagalah ALLAH ,ALLAH akn JAGAMU…YAQIINI BILLAHI YAQIINI..

(wwwhalawah.blogspot.com).

~syukran k.yani..kata2 yg menyedarkan akan KEYAKINAN kita pd AQIDAH..KEYAKINAN PADA ALLAH..Itulah kejayaan sebenar..

Thursday, April 16, 2009

TENANGLAH DUHAI JIWA...

Wahai jiwa yang tenang!"(Al-Fajr, 89 : 27)
Hati kecil bagaikan terusik tatkala membaca ayat ini..
Membuatkan hati ini terus tertanya sendiri..
Adakah aku.. memiliki jiwa yang tenang ?
Wahai jiwa yang tenang..
Bagaikan satu seruan yang penuh kemesraan
Memanggil-manggil hambaNya datangdalam keadaan penuh keredhaantanda kasih Tuhan yang Rahman
Wahai jiwa yang tenang..
yang tak pernah gusar dengan qada' qadar Tuhan
yang tak pernah gundah dalam susah atau senang
yang tetap utuh dalam keluasan atau kesempitan

Wahai jiwa yang tenang..yang dikurniakan syurga sebagai balasanyang dihembus bayu nyaman menyegarkan
yang diselubungi dengan keamanan dan ketenteraman
yang diatasnya muncul wajah Ar-Rahman Yang Mulia Maha Gemilang
Wahai Tuhanku yang Maha Penyayangjadikanlah hamba ini berjiwa tenangyang tetap teguh dengan keimanan
yang tetap thabat di jalan ketakwaan
amin..-semoga bukan sekadar lakaran kata-kata lidah yang tak bertulang
MUHASABAH CINTA..saat ini ketika ini..tenangkah duhai jiwa.2.???Ya ALLAH AMPUNKAN DOSA 2 KAMI ..YA ALLAH ,ENGKAU PEMILIK JIWA2 YG TENANG ,MAKA YA ALLAH CAMPAKKAKN KETENANGAN DALAM JIWA KAMI..

Sama2 koreksi diri,bertanya pada iman..sihatkah iman saat ini?kalau ada parasit yang merosakkan iman,UBATILAH segera dengan istighfar, dan taqarrub PADANYA..

( husnazblogspot.com)