KEYAKINANMU PADA ALLAH AKAN MEMELIHARAMU.... "Katakanlah (Muhammad) , Inilah jalanku,aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah , dan aku tidak termasuk orang-orang Musyrik " Surah Yusuf (108)
Sunday, November 28, 2010
Bicara Hati Buatku dan Kamu
Hatiku dan tindakanku sering memberontak
Arahan pimpinanku sering kupersoal
Mengapa begini bukan begitu
Mengapa aku bukan mereka
Sedang bukan aku tidak punyai masa
Bukan aku tidak punya upaya
Cuma aku yg tegar
Enggan membuka pintu hatiku
Untuk cuba memahami dan mengerti
Erti sebuah amanah
Erti sebuah tanggungjawab
Tetapi kini
Pabila aku berada di atas
Baru kumengerti sedalam-dalamnya
Mengapa begitu bukan begini
Mengapa aku bukan mereka
Ketika kucuba menjelaskan pada mereka
Kudapat melihat mereka persis diriku dahulu
Yang teragak-agak mahu berkorban
Yang berkira-kira mahu menyumbang
Sedang aturannya
Jika kita ikhlas, ganjarannya bukan sedikit
Tuhan juga sedang menilai
Adakah kita turut sama memberi sesuatu untuk agamaNya
Justeru aku kan terus menyeru
Pada mereka pada semua
Satukan hati kita
Kerna kuyakini dengan hadaf perjuangan ini
Bukakan hatimu kawan
Lapangkan dadamu rakan
Hulurkan tanganmu pegang erat tanganku
Mari bersama kita meniti perjalanan ini
Biar payah, itu fitrah
Kita sentiasa saling menguatkan
Jika ada yang rebah, jangan tergugah
Kerana ada seribu tangan sudi membahumu dari belakang
Yakinlah dengan janjiNya
Mengapa kukatakan ini semua padamu??
Kerana masa depan Islam tercinta ini
Tergalas di atas bahu aku dan kamu!
Nukilan : dikenali 'chakmi' ku gelarinya- ucu
Friday, June 18, 2010
MENJENGAH KENANGAN ITU..
Kenangan itu terkadang membuahkan KERINDUAN yg teramat...
Kerinduan yg membawa erti..Jika MEMAKNAKAN kerinduan itu..
Namun..HIDUP perlu diteruskan untuk MEMAKNAKAN ERTI KERINDUAN itu..
Itulah hakikat memaknakan KEHIDUPAN..
Usah mengundur ke belakang lagi..
Tolehlah sesekali mengambil pengajaran dari 'erti kerinduan' buat bekalan meneruskan perjalanan,
teruskan langkah maju ke hadapan..
Anak generasi perlukan bimbingan
Kita Lupakan segala kesamaran
Pulanglah pada hakikat seorang insan bergelar pejuang..
Terus berjuang Walau dimana bumi Allah kita berada..
(edit-fatimahsyarha-syabab musafirkasih)
Akan ada di kalangan umatku segolongan umat yg muncul berpegang kepada kebenaran,
mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mrk sampai dtg perintah Allah,
mrk tetap spt itu* Hadith Riwayat bukhari & muslim..
Allahlah yg Maha Kaya sedangkan kamulah orang yg berkehendak (kepadaNya),
dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dgn kaum yg lain,
dan mereka tidak akan seperti kamu ini*.
.surah Muhammad,38
INSYA ALLAH..Akan diteruskan bersama..
ALLAH MENYAKSIKAN...
HATI-HATI INI..
Akan kami teruskan langkah itu selagi hayat dikandung badan., kerana sesungguhnya ‘Jalan itu teramat indah dan mempersonakan…”
YA ALLAH..Hidupkan KAMI Dengan MA'RIFATMU..Dan MATIKAN kami DALAM KEADAAN SYAHID DIJALANMU...AMIN..
Jazakumullah buat yang pernah 'menghidupkan watak-watak dlm lembaran kenangan 'dlm memaknakan ERTI KEHIDUPAN..
Wednesday, June 16, 2010
TAWAKKAL~KAH KITA??? SATU SEMAIAN AQIDAH YANG SALIMAH.
|
Tuesday, November 24, 2009
HANYA DIA YANG MAHA MENDENGAR..RINTIHAN SEORANG HAMBA
Sedikit perkongsian : PENGHAYATAN DOA DENGAN ASMA'ALLAH
MENGUATKAN JIWA DENGAN BANTUAN YA AZIZ, YA QAWWIY, YA MATIN & YA BA’ITS.
Ya Allah Ya Aziz yang Maha Perkasa, Ya Qawwiy yang Maha Kuat dan Ya Matin Ya Maha Teguh dan Sempurna KekuatanMu, tiada yang lebih perkasa dan kuat melainkan Engkau Ya Allah. Diriku ini hanyalah hamba kepadaMu Ya Kholiq dan kerana itulah diri ini sentiasa merasa lemah dan tidak berdaya. HambaMu ini memohon kepadaMu Ya Aziz, Ya Qawwiy dan Ya Matin kekuatan jiwa untukku hadapi segala rintangan dan ujian hidup ini kerana dengan kekuatanMu sahajalah daku dapat mengatasi segala masalah dan kesulitan di dalam hidup ini. Ya Allah Ya Ba’its Yang Maha Membakar Semangat, bakarkanlah semangatku untuk terus berusaha bagi menghadapi segala rintangan dan ujian. HambaMu ini sedar Ya Allah, Engkau ingin menjadikan daku umpama berlian yang sangat bernilai dan berharga. Sesungguhnya Ya Allah daku sedar yang berlian itu dicipta dengan penuh tekanan yang amat dahsyat dan memakan masa yang lama sehingga terjadinya berlian yang sangat cantik dan berharga. Daku sedar proses tekanan dan ujian ini daku mesti lalui kerana Engkau Ya Rahman Ya Rahim ingin menaikkan martabatku hampir kepadaMu dan ianya mesti dilalui oleh setiap manusia yang hebat. Daku yakin Engkau Ya Aziz tentu akan menguatkanku dan membangkitkan semangatku. Engkau Ya Wahhab Ya Maha Pemberi, Ya Mujib yang Maha Mengabulkan, kabulkanlah permintaan hambaMu yang dhaif dan lemah ini.
MENYERAHKAN DIRI KEPADA YA BAARI’ UNTUK DIATURKAN AGENDA HIDUP.
Ya Allah Ya Baari’, sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengatur Urusan manusia dan menagtur agenda makhluqMu. Aturan dan agendaMu Maha Hebat, tiada tolok bandingannya. HambaMu ini sedar yang daku hanya seorang hamba yang tidak mampu menngatur urusan dan agenda. Agendaku sering silap dan mempunyai pelbagai kelemahan.Oleh itu Ya Allah Ya Baari’, hambaMu ini menyerahkan seluruh jiwa dan ragaku kepadaMu untuk Engkau aturkan dan aku rela mengikut agendaMu Ya Baari’. Perintahkanlah apa sahaja untukku lakukan, daku berazam untuk mengorbankan apa sahaja yang ada pada diriku ini demi mengikut perintahMu. Ya Allah Ya Haadi yang Maha Memberi Petunjuk, setelah Engkau aturkan agenda hidupku, berikan daku petunjuk apa yang harus daku lakukan bagi mengikuti agendaMu. Bantulah daku dengan kekuatanMu Ya Aziz, Ya Qowiy, Ya Matin agar daku merasa kuat dan bakarkanlah semangatku Ya Ba’its agar daku tidak merasa penat dan sentiasa bersemangat. Bantulah daku Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid dengan ilmuMu agar daku mampu melaksanakan sesuatu agendaMu dengan penuh berilmu, berhikmah dan cerdas. Bukalah juga bagiku segala pintu kemudahan dengan sifat Ya FatahMu, bantulah daku dengan sedikit rezekiMu Ya Razaq, kekayaanMu Ya Ghaniy dan sifat memberi kekayaan Ya Mughniy agar daku mampu melaksanakan semua tugas yang Engkau berikan dengan sebaik mungkin. Dan Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, sucikanlah jiwaku ini dari sebarang penyakit dari bisikan syaitan dan kecintaan kepada dunia dan manusia kerana ianya pasti akan mengganggu tugas yang sedang daku jalankan.
Pujuklah hatimu dengan penghayatan Asma Allah...
Wallahu’alam
Kata-kata di atas dipetik dari sebuah buku, BICARA HATI(DOA) DENGAN ALLAH YA SAMI’ MELALUI PENGHAYATAN ASMA UL HUSNA hasil tulisan Prof Madya Wan Maseri bt Wan Mohd, merupakan salah seorang pensyarah di Universiti Malaysia Pahang
=) Jazakillah ukht Fasehah for sharing this..
Friday, November 13, 2009
DI SEBALIK UJIAN ITU..
KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA KECEWA?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12
# Petikan dari email sahabat ..jazakallah akhi..
SEMOGA KITA SAMA-SAMA KUAT HADAPI APA JUA VARIASI UJIAN DALAM HIDUP,
Kepada sahabat-sahabat ,adik-adik yang dikasihi..
andai kalian pernah merasai ujian kegagalan ( especially sahabat sebatch )..usah biarkan 'virus-virus ' yang membuatkan rasa sedih , stress , futur dan yang sangat bahaya sehingga tak dapat terima taqdir kegagalan dalam hidup mengusai diri , carilah kekuatan dari DIA untuk bangkit semula .Allahu ma'ak dan sahabatmu ada disisi untuk berjuang bersamamu..KAMU TIDAK KESEORANGAN!
Dr 'Aidh Al-Qarni menyebut "JANGAN BERDUKACITA DENGAN UJIAN DAN CUBAAN ALLAH ,LANTARAN BOLEH JADI IA SATU HADIAH ATAU PEMBERIAN "~La tahzan~
Dalam Hadith Nabi s.a.w : "Alangkah peliknya keadaan orang mukmin itu , semua perkaranya adalah baik ,jika dia mendapat kebaikan ,lalu dia bersyukur lalu itu menjadi satu kebaikan baginya ,dan jika ditimpa musibah lalu dia bersabar , maka itu menjadi satu kebaikan baginya "
Firman Allah yang bermaksud : "dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan )Kami pergilirkan di antara manusia (supaya ia menjadi pengajaran) AL-IMRAN ayat 140
Kekecewaan dan kegagalan adalah titik tolak kejayaan yang lebih bermakna , kekalahan adalah iftitah kemenangan yang lebih akbar ! Insyaallah sama-sama ya sahabat..=)BIIZNILLAH..amin
ALlahu a'lam..